Penulis:
Dato' Zainul Rijal Abu Bakar
Tuan Mohamad Isa Abd Ralip
Prof Madya Nurhidayah Muhd Hashim
Penerbit: Penerbitan UiTM (UPENA)
Soal jawab yang diketengahkan adalah berkaitan urusan rumah tangga dan sistem undang-undang Syariah di Malaysia. Antaranya mengenai persolan awal sebelum rumah tangga seperti putus tunang dan apakah boleh dituntut kerugian terutama melibatkan persediaan majlis perkahwinan, urusan ingin berkahiwn dengan saudara baru tetapi mendapat bantahan keluarga, persoalan melibatkan perkahwinan tanpa restu ibu bapa, perkahwinan di luar negara terutama kahwin lari ke Thailan. Persoalan melibatkan permasalahan dalam rumah tangga seperti suami kaki pukul, isteri menjadi mangsa dera, tidak mendapat nafkah dan sebagainya.
Semua soalan ini ditanya oleh orang awam dan dijawab oleh mereka yang pakar sebagai panduan untuk masyarakat awam. Jawapan dikupas secara mudah dari sudut Syariah, dalil dari Nas Al-Quran, Hadith, peruntukan undang-undang, kes yang berlaku di Mahkamah Syariah serta juga pendapat ulama terkini.
Anda boleh beli sebagai bacaan dan rujukan di rumah untuk mendalami ilmu menjaga rumah tangga anda. Dengan ilmu, mudah-mudahan akan lebih bahagia dan sejahtera rumah tangga anda. Atau anda boleh beli dan hadiahkan kepada sesiapa yang memerlukannya seperti adik beradik anda yang menghadapi masalah rumah tangga atau saudara mara dan kawan-kawan yang sedang mencari jawapan kepada masalah rumah tangga mereka.Atau anda boleh membantu dengan cara memberitahu mereka bagaimana mereka boleh mandapatkan buku ini melalui blog ini..
Biodata Penulis-penulis:
Zainul Rijal Abu Bakar berkelulusan Undang-undang LL.B (Hons) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada tahun 1992. Beliau kemudiannya memperolehi Ijazah Sarjana Undang-undang (LL.M) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 2004. Beliau juga pemegang Diploma Lanjutan Syariah dan Amalan (DLSA) dari UiTM pada tahun 2005. Beliau adalah Peguam bela & Peguam cara dan juga Peguam Syarie yang telah beramal lebih dari 18 tahun. Beliau juga adalah Akredited Mediator di Malaysia. Beliau pernah menjadi Presiden Persatuan Peguam Syarie (PGSM) pada tahun 2006/09 dan sekarang merupakan Presiden Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia mulai 2010.
Mohamad Isa Abd Ralip berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah (Hons) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 2000 dan juga mendapat Diploma Lanjutan Syariah & Amalan (DLSP) dari UKM pada tahun 2001. Beliau adalah Peguam Syarie yang telah beramal lebih dari 10 tahun. Beliau juga adalah Akredited Mediator di Malaysia. Beliau pernah menjadi Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) pada tahun 2006/09 dan sekarang merupakan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) mulai 2009.
Nurhidayah Muhd Hashim mempunyai kelulusan Undang-undang LL.B (Hons) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada tahun 1992 dan LL.B (Syariah) (Hons) dari universiti yang sama pada tahun 1993. Kemudian beliau memperolehi Ijazah Sarjana Syariah & Undang-undang dari Universiti Malaya (UM) pada tahun 2001 dan Diploma Lanjutan Syariah dan Amalan (DLSA) dari UiTM pada tahun 2005. Beliau bertugas sebagai Profesor Madya di Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU) UiTM Shah Alam dan sebelum ini pernah diamanahkan sebagai Exco Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) sesi 2006/09. Mulai Disember 2008 (sehingga sekarang), beliau sedang menyambung pelajaran peringkat Phd di Melbourne, Australia dalam bidang undang-undang keluarga.
Harga Jualan:
HARGA BUKU: RM 45.00 (termasuk penghantaran melalui Pos laju)
Jika ada yang berminat mendapatkannya , sila hubungi:
Hj Fairuz di 016-2056464 atau Ady di 016-2291600
emel- fairuzsa@yahoo.com
Bayaran hendaklah dimasukkan ke dalam:
MBB ACC- 1143-2912-8354 (MOHD FAIRUZ ABD JALIL)
